|
Pada 8 Jan 2010, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don muncul di TV1 dalam sesi wawancara berhubung Kempen Kurangkan Penggunaan Gula, bersama beliau ialah Presiden Diabetes Malaysia. Wawancara yang bermula dari jam 10 malam berlanjutan hingga jam 11 malam, memberi kefahaman kepada masyarakat umum tentang kebaikan mengamalkan penggunaan gula yang sedikit dalam kehidupan harian. Saranan yang diberikan ialah menghadkan pengambilan gula total kepada 10 sudu gula sehari, ini termasuk gula dalam minuman dan makanan seperti masakan mahupun kuih-muih. Wawancara juga mendedahkan pesakit diabetes tertinggi di Malaysia ialah dari Negeri Sembilan dan Selangor. Penonton juga berpeluang bersoal-jawab mahupun memberi pandangan berhubung isu yang diperbincangkan. Puan Pengarah juga menyatakan harapan beliau agar rakyat Malaysia melihat senario semasa dari sudut positif dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mencapai kualiti kehidupan yang optima. |
|






Kurangkan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan



