Utama Maklumat Korporat Fungsi Bahagian Pemakanan

Fungsi Bahagian Pemakanan

Fungsi bagi Bahagian Pemakanan adalah:

  • Merancang, membangun, melaksana, memanatau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, promosi dan pemuilhan pemakanan.
  • Pembangunan, advokasi dan pelaksanaan Polisi Pemakanan Kebangsaan.
  • Pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM).
  • Menyediakan perkhidmatan pemakanan komprehensif kepada individual, keluarga dan masyarakat untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat.

Aktiviti-aktiviti di bawah Bahagian Pemakanan dilaksanakan oleh 4 unit:

Perancangan dan Pembangunan Pemakanan

a) Unit Perancangan dan Pembangunan Pemakanan

  1. Merancang, mambangun dan menilai program pemakanan.
  2. Memantau dan menilai  pelaksanaan aktiviti pemakanan bawah NPANM 2006-2015 yang dijalankan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi luar Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Menjalankan Advokasi Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2006-2015.
  4. Menyelaraskan pelaksanaan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia 2006-2015.
  5. Sebagai Sekreteriat Kumpulan Kerja Teknikal.
    • Polisi Pemakanan
    • Panduan Diet
    • Promosi Pemakanan
    • Penyelidikan
    • Latihan
  6. Menentukan keutamaan penyelidikan pemakanan.

Promosi Pemakanan

b) Unit Promosi Pemakanan

Merancang, membangun, mengawas dan menilai aktiviti-aktiviti di bawah Promosi Pemakanan:

  1. Mempromosi Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak
    • Penyusuan Susu Ibu
    • Makanan Pelengkap
    • Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI)
    • Tata Etika Produk Susu Formula Bayi
    • Penapisan bahan-bahan maklumat berkaitan produk rumusan
    • Pemantauan Perlanggaran Tata Etika Produk Susu Formula Bayi
  2. Mempromosikan Pemakanan Remaja
    • Pemakanan di sekolah
    • Menu
    • Kantin Sekolah
    • Kuiz Kesihatan
    • Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) - Pemakanan
    • Pembentukan kurikulum
    • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
    • Menu
    • Katering Sihat
  3. Mempromosikan Pemakanan Dewasa berteraskan Makan Secara Sihat.
    • Penyelidikan pemakanan
    • Panduan Diet Malaysia
    • Kempen Cara Hidup Sihat (Pemakanan)
    • Standard Pemakanan (CODEX, Akta dan Peraturan Makanan)
  4. Mempromosikan Pemakanan di Institusi
    • Taska
    • Warga Tua
    • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Penjara
  5. Membangun Pusat Maklumat Pemakanan
  6. Melaksanakan Projek-projek Khas
    • Projek Katering Sihat
    • Projek Kafeteria Sihat
    • Projek Pemakanan Sihat di Pasaraya
    • Projek Dapur Sihat Masyarakat
  7. Melaksanakan latihan bagi aktiviti-aktiviti promosi pemakanan

Pemulihan Pemakanan

c) Unit Pemulihan Pemakanan

Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program pemulihan pemakanan:

  1. Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan.
  2. Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin
  3. Pencegahan dan kawalan anemia
  4. Program Susu Tepung Penuh Krim
  5. Program Pencegahan dan kawalan obesiti
  6. Program fortifikasi makanan
  7. Program pemulihan pemakanan ibu mengandung miskin
  8. Menyelaraskan perkhidmatan runding cara di klinik kesihatan

Promosi Pemakanan

d) Unit Pengawasan Pemakanan

  1. Menyediakan satu sistem pengawasan pemakanan yang mantap dan berkesan bagi memantau pembentukan dan penilaian semula data pemakanan kebangsaan serta perancangan dan penilaian program pemakanan.
  2. Pembangunan dan pelakasanaan Sistem Pengawasan Pemakanan Kebangsaan
  3. Menyelaraskan Sistem Informasi Kesihatan Kebangsaan (HMIS) untuk pemakanan
  4. Penyelidikan / kajian  untuk status pemakanan  pada kumpulan sasar berlainan.

 

Tips Kesihatan

Utamakan produk bijirin penuh

Carian

Pusat Maklumat Pemakanan (Putrajaya)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Izzudin Bin Alimin di talian 03-8883 4049 atau email ke izzudin_alimin@moh.gov.my

Di Talian

Terdapat 2 pengunjung  di talian

Pelawat