Utama Maklumat Korporat Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia

Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (NPANM) II adalah pelan 10 tahun untuk tempoh 2006 hingga 2015. Objektif, strategi, aktiviti dan sasaran NPANM II disediakan berdasarkan Dasar Pemakanan Negara, kajian semula NPANM II (1996-2000) dan pelaksanaannya selepas tahun 2000. Dasar tersebut telah diluluskan oleh Kabinet pada 17 Disember 2003. Pelan Tindakan ini adalah merupakan usaha sepadu daripada pelbagai organisasi kerajaan, ahli akademik, bukan kerajaan dan badan-badan profesional. Ia merupakan kolaborasi pelbagai stakeholder dan setiap stakeholder memainkan peranan penting ke arah kejayaan pencapaian NPANM II.

 

Objektif NPANM II

Objektif Umum

Untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan pemakanan yang optimum di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif Khusus

  1. Untuk meningkatkan status pemakanan penduduk.
  2. Untuk mencegah dan mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan.

 

Strategi

Strategi Dasar Pemakanan Negara menyediakan asas untuk merumuskan objektif NPANM II. Bagi memastikan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang berkesan ke atas pelan tindakan, strategi ini disesuaikan dan dibahagikan kepada strategi asas, pemudah dan pemboleh.

 

Strategi Asas

Strategi Dasar Pemakanan Negara dengan “memasukkan objektif, isu dan komponen pemakanan ke dalam dasar dan rancangan-rancangan pembangunan negara” merupakan strategi yang utama dan sangat penting untuk pelaksanaan pelan ini dengan berkesan.

 

Strategi Pemboleh

Lima strategi dasar yang dikenal pasti mempunyai kesan langsung untuk mencapai objektif khusus pelan ini, bertindak sebagai strategi pemboleh iaitu:

  1. Meningkatkan jaminan kedapatan makanan keluarga terutamanya di kalangan kumpulan berpendapatan rendah.
  2. Menggalakkan amalan pemakanan yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil.
  3. Mencegah dan mengawal kekurangan pemakanan.
  4. Menggalakkan pemakanan sihat dan hidup cergas.
  5. Menyokong usaha melindungi pengguna dari segi mutu dan keselamatan makanan.

 

Strategi Pemudah

Lima lagi strategi dasar yang dikenal pasti berfungsi sebagai penyedia mekanisme dan membantu merealisasikan strategi pemboleh, membentuk strategi pemudah bagi pelan ini, iaitu:-

  1. Memastikan semua individu boleh mendapatkan maklumat pemakanan.
  2. Membuat penilaian dan pemantauan berterusan ke atas situasi pemakanan.
  3. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan.
  4. Memastikan pemakanan dan dietetik diamalkan oleh profesional terlatih.
  5. Meningkatkan keupayaan institusi dalam aktiviti pemakanan.
 

Tips Kesihatan

Makan nasi dan produk bijirin lain mengikut keperluan

Carian

Pusat Maklumat Pemakanan (Putrajaya)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Izzudin Bin Alimin di talian 03-8883 4049 atau email ke izzudin_alimin@moh.gov.my

Di Talian

Terdapat 2 pengunjung  di talian

Pelawat