Bahagian Pemakanan diwujudkan untuk merancang dan membangun program pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya juga merupakan penyelaras bagi pelaksanaan program pemakanan di agensi-agensi atau kementerian-kementerian lain.
Bahagian ini diketuai oleh Pengarah, dibantu oleh 2 Timbalan Pengarah, 5 orang Ketua Penolong Pengarah Kanan, 6 orang Ketua Penolong Pengarah, 11 orang Penolong Pengarah Kanan, dan 8 orang Penolong Pengarah. Di bawah Bahagian ini terdapat 4 Unit iaitu Unit Pembangunan Pemakanan, Unit Pengawasan Pemakanan, Promosi Pemakanan dan Unit Pemulihan Pemakanan. Setiap Unit ini di ketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.
Program pemakanan yang dirancang oleh Bahagian ini dilaksanakan di peringkat negeri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) dan Pegawai Zat Makanan peringkat negeri.








