Utama Pelbagai

Soalan Lazim

Cara mengurangkan berat badan dengan selamat:

  • Runding dengan doktor anda untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah perubatan, biologi atau masalah psikologi yang menyebabkan masalah berlebihan berat badan.
  • Runding dengan pakar pemakanan atau pakar diet dari klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
  • Makanlah mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.
  • Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng, bersantan dan mengandungi lemak haiwan.
  • Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Paling Penting: Lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga  45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda belum pernah melakukan senaman, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
  • Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan.
  • Ingat : Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa. Kehilangan ½ kg seminggu mungkin tidak memotivasikan anda, tetapi jika terlalu cepat berat badan diturunkan, anda akan membuat diri anda lapar dan akhirnya anda akan makan lebih banyak.

 

 

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti berisiko menmdapat penyakit-penyakit kronok seperti :

  • Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
    Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.
  • Tekanan darah tinggi dan angin ahmar
    Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.
  • Kencing Manis. Terutama di kalangan dewasa yang mempunyai berlebihan lemak di bahagian abdomen.
  • Kanser. Beberapa kajian menunjukkan kaitan yang positif antara berlebihan berat badan dan kanser terutama yang diakibatkan oleh hormon seperti kanser  payu dara, kanser serviks, kanser uterus dan kanser ovari dan prostat.
  • Masalah endokrin. Kitaran haid yang tidak tetap, masalah berkaitan haid yang lain, dan masalah komplikasi kehamilan, terutamanya toksemia dan tekanan darah tinggi.
  • Penyakit pundi hempedu.  Obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit pundi hempedu bagi lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur. Risiko tersebut semakin meningkat apabila terdapat lebihan lemak di bahagian abdomen.
  • Penyakit paru-paru. Individu yang  obes mengalami masalah pernafasan. Ini mungkin diakibatkan oleh pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk, abdomen dan diafragma.
  • Arthritis. Individu yang obes adalah berisiko tinggi untuk menghidap gout artritis iaitu keadaan yang sangat menyakitkan. Berlebihan berat badan akan memberi tekanan pada sendi-sendi, bahagian belakang dan lutut. Akhir sekali ia akan menyebabkan osteoartritis

 

Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT). Indeks Jisim Tubuh menentukan samada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. IJT adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut

IJT = Berat ( kilogram )
________________________
Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

 


Jika IJT anda (kg/m2)  adalah :

Anda adalah

< 18.5

Kekurangan berat badan

18.5 - 24.9

Normal

25 - 30

Berlebihan berat badan

30 atau lebih

Obes

 

 

 

 

 

 

 

 

Tip yang sihat dan praktikal untuk menambah berat badan :

  1. Rancang untuk menambah hidangan makanan.
    Makan melebihi keperluan merupakan kunci untuk penambahan berat badan. Oleh itu, anda perlu menambah pengambilan makanan anda.
  2. Bersnek secara bijak.
    Bersnek secara bijak memainkan peranan utama dalam meningkatkan berat badan. Selain daripada menambah hidangan, ianya penting untuk meningkatkan pengambilan tenaga. Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral. Contohnya keju atau mentega kacang ditambahkan pada biskut kraker.
  3. Pilih makanan yang berkalori tinggi
    Pilih makanan berkalori tinggi untuk menambah berat badan. Pilih makanan atau menu berdasarkan Piramid Makanan Malaysia and digalakkan untuk mengambil saiz hidangan tambahan. Bagi mereka yang mengalami kekurangan berat badan, digalakkan untuk makan walaupun mereka tidak lapar.
  4. Elakkan melangkau waktu makan utama
    Hidangan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam perlu diambil dan pengambilan snek sihat di antara waktu makan adalah digalakkan.
  5. Bagaimana anda boleh mula?
    Mulakan dengan memilih makanan berkalori tinggi daripada setiap kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ianya termasuk lemak, minyak dan gula dalam kadar    yang sederhana. Sasarkan pengambilan makanan berdasarkan bilangan hidangan yang maksimum bagi setiap kumpulan makanan tersebut. Penambahan kalori berlebihan secara kreatif di dalam hidangan pada setiap hari akan memberi keseronokan semasa menikmati   hidangan. Contoh : pemilihan minuman berkalori tinggi, penambahan keju dan sos di dalam sandwic.
  6. Sasarkan kenaikan berat badan secara beransur
  7. Semak keperluan tenaga harian untuk mengetahui berapa tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan.

 

 

Tips Kesihatan

Amalkan penyusuan susu ibu (PSI) secara eksklusif sehingga 6 bulan dan teruskan sehingga 2 tahun

Carian

Pusat Maklumat Pemakanan (Putrajaya)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Izzudin Bin Alimin di talian 03-8883 4049 atau email ke izzudin_alimin@moh.gov.my

Di Talian

Terdapat 10 pengunjung  di talian

Pelawat