Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi
PENGENALAN
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.
Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Selain itu, fasiliti ini juga perlu mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi. Objektif asas bagi Tata Etika ini adalah memastikan pemakanan yang selamat dan mencukupi bagi semua bayi.
Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Selepas 5 tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.
Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan sistem kesihatan, terutamanya klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan fasiliti yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.
Objektif Inisiatif Hospital Rakan Bayi
Objektif umum pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif serta pemakanan yang terbaik untuk bayi. Melalui usaha ini, ibu bapa dapat diberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan supaya mereka boleh menentukan penjagaan dan pemakanan yang terbaik untuk bayi mereka.
Konsep Inisiatif Hospital Rakan Bayi
Hospital Rakan Bayi mempunyai rutin, kakitangan dan polisi yang komited mempromosi, menyokong dan melindungi amalan penyusuan susu ibu melalui pelaksanaan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh WHO/ UNICEF.
Standard Kualiti
Inisiatif ini dilaksanakan melalui penggunaan panduan yang telah ditetapkan oleh WHO/ UNICEF. Sesebuah hospital yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi perlu menjalankan pemantauan dalaman pada setiap enam bulan. Selain itu, penilaian semula akan dibuat selepas dua tahun pertama pengiktirafan dan setiap tiga tahun bagi tahun-tahun seterusnya. Mekanisme pemantauan adalah menggunakan panduan standard WHO/UNICEF.
Latihan
Pelaksanaan ini diperkukuhkan dengan aktiviti latihan, bengkel, orientasi dan taklimat dari semasa ke semasa, kepada anggota kesihatan terlibat dalam Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ini bagi memastikan sesebuah fasiliti tersebut mampu memenuhi keperluan pelaksanaannya.
Kajian
Keberkesanan program ini juga dinilai berdasarkan kajian impak seperti dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II (1996) dan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006). Selain itu, indikator bilangan hospital diiktiraf, data kepatuhan status dan data pelaksanaan pengekalan status Hospital Rakan Bayi juga dikumpul dan dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.
Pengiktirafan Dan Kejayaan
Sehingga akhir tahun 2008, terdapat 125 buah hospital yang telah diiktirafkan sebagai Hospital Rakan Bayi.6 Ini termasuk 6 buah hospital swasta. Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini telah memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 (NHMS III) telah menunjukkan kadar bayi yang pernah menyusu (ever breastfed) meningkat sebanyak 6.1% dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan iaitu daripada 88.6 % pada tahun 1996 ke 94.7 % pada tahun 2006 (Laporan NHMS III, 2006).
Peratus ibu yang memulakan penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran pada tahun 2006 juga meningkat kepada 63.7% berbanding dengan 41.4% pada tahun 1996 (Laporan NHMS 3, 2006).
>>
10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA
- Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
- Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
- Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
- Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
- Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
- Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
- Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
- Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
- Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
- Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.
>>
SENARAI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA YANG DIIKTIRAF SEBAGAI HOSPITAL RAKAN BAYI ( Oktober 2009)
|
Perlis Kedah Pulau Pinang Perak 31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 32. Hospital Kajang 33. Hospital Banting 34. Hospital Kuala Kubu Baru 35. Hospital Tanjung Karang 36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam 37. Hospital Selayang 38. Hospital Serdang 39. Hospital Ampang Kuala Lumpur 40. Hospital Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan |
Negeri Sembilan Melaka 50. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru 51. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar 52. Hospital Batu Pahat 53. Hospital Kluang 54. Hospital Segamat 55. Hospital Kota Tinggi 56. Hospital Pontian 57. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai (HSTSTI) 58. Hospital Tangkak 59. Hospital Mersing Pahang 60. Hospital Tengku Ampuan Afzan 61. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh 62. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland 63. Hospital Kuala Lipis 64. Hospital Bentong 65. Hospital Raub 66. Hospital Jerantut 67. Hospital Jengka 68. Hospital Muadzam Shah 69. Hospital Pekan Terengganu 76. Hospital Raja Perempuan Zainab II 77. Hospital Kuala Krai** 78. Hospital Pasir Mas 79. Hospital Tanah Merah 80. Hospital Tumpat 81. Hospital Tengku Anis, Pasir Putih 82. Hospital Machang 83. Hospital Gua Musang 84. Hospital Jeli |
Sarawak
|
| KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA 124. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak 125. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka |
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 126. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan 127. Pusat Perubatan Universiti Malaya |
HOSPITAL SWASTA 128. Ipoh Specialist Hospital, Ipoh 129. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL 130. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor 131. KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL 132. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor 133. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang |



Program









Kurangkan lemak dan minyak dalam penyediaan makanan



