Komponen pemakanan dalam Program Latihan Khidmat Negara
PENGENALAN
Komponen pemakanan di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah melibatkan proses pemilihan, penyediaan dan penghidangan menu yang sihat dan selamat kepada para pelatih. Pelatih-pelatih di semua kem latihan berjumlah 83 kem (sehingga Oktober 2009) di seluruh Malaysia mendapatkan makanan harian mereka dari kantin kem. Menu sebanyak 6 kali makan setiap hari telah disediakan mengikut jadual menu harian yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Bermula dari tahun 2007, Bahagian Pemakanan di Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula mengadakan perbincangan dan perancangan untuk melihat semula menu-menu yang telah digunakan di kem-kem latihan bagi menjadikannya menu yang sihat, selamat dan bertepatan dengan keperluan kalori remaja.
PELAKSANAAN
Objektif Umum
Meningkatkan tahap kesihatan para pelatih Program Latihan Khidmat Negara melalui pemakanan yang sihat, berkualiti dan selamat.
Objektif Khusus
- Meningkatkan status pemakanan para pelatih PLKN melalui pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
- Meningkatkan tahap kefahaman dan pengendalian makanan secara sihat oleh operator kantin kem melalui menu sihat yang dibentuk.
- Meningkatkan pengetahuan asas pemakanan sihat, bersih dan selamat kepada pelatih, operator kantin, pegawai kem dan ibu bapa pelatih melalui pembentukan buku Panduan Pemakanan Sihat Dan Selamat Di Kem Latihan Khidmat Negara.
Kumpulan Sasar
- Pelatih di kem latihan khidmat negara
- Operator kantin di kem
- Ibu bapa pelatih
Strategi / Aktiviti Yang Telah Dilaksanakan
- Menyemak semula semua menu makanan di PLKN yang telah sedia ada.
- Membentuk menu-menu baru dan mengubahsuai menu sediada menjadi resepi sihat dengan menekankan kepada keperluan nutrien harian mengikut Saranan Pengambilan Makanan Malaysia (Recommended Nutrient Intake) 2005.
- Membentuk 320 jenis resepi termasuk resepi vegetarian.
- Membentuk Buku Garis Panduan Pemakanan dan Keselamatan Makanan Di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
FAEDAH KEPADA KKM / PARA PROFESIONAL / ORANG RAMAI
- Melalui penghasilan Buku Panduan Pemakanan Sihat Dan Selamat Di Kem Latihan Khidmat Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia akan dapat menjadikannya sebagai bahan panduan utama untuk menilai tahap pemilihan, penyediaan dan penghidangan makanan di semua kem-kem latihan khidmat negara. Penilaian adalah merangkumi kualiti makanan yang dihidangkan dari segi nutrien dan kebersihan makanan dengan diperolehi dari format penilaian dan pemeriksaan makanan sihat.
- Dengan sejumlah 320 resepi termasuk resepi vegetarian telah dibentuk dengan mengambilkira keperluan nutrien bagi golongan remaja, agensi-agensi berkaitan remaja seperti Kementerian Belia Dan Sukan, institusi seperti Institut Latihan Kemahiran akan dapat mengunasama resepi ini. Selain itu para profesional, universiti dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) juga akan dapat menjadikan resepi ini sebagai bahan di dalam pembelajaran dan pengajaran.
- Bagi orang ramai dan masyarakat, resepi sihat di dalam buku panduan ini boleh diamalkan untuk dijadikan resepi harian terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak di dalam kategori remaja.
- Menjurus kepada penghasilan buku panduan pemakanan khas untuk pelatih-pelatih di kem-kem latihan khidmat negara, para ibu bapa pelatih tidak perlu merasa gusar dengan apa yang akan dihidangkan kepada anak mereka kerana semua makanan yang disediakan adalah seimbang dari segi keperluan nutrien dan selamat sekiranya segala prosedur di dalam buku panduan dipatuhi.
- Pemeriksaan hidangan makanan sihat di kem PLKN secara berkala juga telah diadakan dan semua laporan tersebut akan dinilai dan dipantau.
>>
GAMBAR-GAMBAR KOMPONEN PEMAKANAN DI DALAM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
![]() |
| Aktiviti memasak berdasarkan resepi menu yang dicadangkan dalam menu sihat PLKN di Dapur Sihat Masyarakat, Institut Kesihatan Umum oleh Chef Khairani Bin Khamsan dari Shahnaz Enterprise. |
|
|
| Aktiviti menguji rasa resepi sihat untuk PLKN oleh pegawai-pegawai Jabatan Latihan Khidmat Negara di Dapur Sihat Masyarakat, Institut Kesihatan Umum. |
|
|
| Aktiviti Pengujian Rasa Resepi Sihat Untuk PLKN Di Kalangan Orang Awam Di Dapur Sihat Masyarakat, Institut Kesihatan Umum. |
| < Projek Kantin Sekolah Sihat | Tata Etika Pemasaran Pemakanan Bayi & Produk Berkaitan > |










