Utama Program Kumpulan Kerja Teknikal Latihan Pemakanan

Kumpulan Kerja Teknikal Latihan Pemakanan

Kumpulan Kerja Teknikal latihan pemakanan

Pengenalan

Kumpulan Kerja Teknikal (Technical Working Group, TWG) Latihan Pemakanan telah dibentuk di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia. Fungsi utama Kumpulan Kerja Teknikal Latihan Pemakanan adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan beberapa aktiviti yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.

Keahlian kumpulan kerja teknikal ini terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berperanan untuk memberi input dan maklum balas keperluan latihan  pemakanan dalam bidang masing-masing.

Sehingga kini, bidang tugas dan keahlian kumpulan kerja teknikal ini telah diperluaskan. Antara bidang tugas kumpulan kerja teknikal ini adalah mengenal pasti keperluan latihan pemakanan berpandukan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia untuk agensi-agensi yang berkaitan, membentuk dan mengenal pasti modul latihan pemakanan dari semasa ke semasa, mengkaji komponen pemakanan dalam kurikulum latihan anggota-anggota daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan bertindak sebagai pakar rujuk dalam latihan pemakanan di peringkat kebangsaan.

 

Aktiviti-aktiviti yang telah Dilaksanakan

A. Penerbitan Lima buah Modul Pemakanan  (Tahun Penerbitan: 1997)

  • Modul Diet Sembang (Telah disemak semula pada tahun 2007)
  • Modul Gaya Hidup Sihat (Telah disemak semula pada tahun 2007)
  • Modul Penilaian Taraf Pemakanan dan Kesihatan
  • Modul Keselamatan Makanan
  • Modul Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan

>>

B.   Kursus Modul Latihan Pemakanan

Tarikh :
11 hingga 12 Oktober 2008
Tempat : Pejabat Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia   
(PPBM), Petaling Jaya, Selangor
Kumpulan Sasar : Pengusaha atau pengasuh taska
Bilangan Peserta : 36 orang
Modul Pemakanan yang diguna pakai: Modul Diet Seimbang dan Modul Gaya Hidup Sihat
Objektif Kursus : Memberi pengetahuan dan latihan kepada peserta
tentang modul-modul latihan pemakanan serta isi  
kandungannya agar peserta dapat memanfaatkan
modul-modul tersebut bagi kegunaan pengurusan
taska dari aspek pemakanan



Gambar-gambar ini menunjukkan situasi pelaksanaan kursus ini:-


 

>>

B. Kursus Penilaian Taraf Pemakanan dan Kesihatan serta Gaya Hidup Sihat

Tarikh :
25 hingga 27 Mei 2009
Tempat : Hotel Empress, Sepang, Selangor
Kumpulan Sasar : Pegawai Zat Makanan (Pengambilan Baru 2008)
Bilangan Peserta : 32 orang
Modul Pemakanan yang diguna pakai: Modul Penilaian Taraf Pemakanan dan Kesihatan dan Modul Gaya Hidup Sihat
Objektif Kursus : Memberi pengetahuan dan latihan kepada Pegawai-pegawai Zat Makanan dengan berpandukan modul-modul latihan pemakanan serta memberi kemahiran tentang teknik-teknik mengajar dengan menggunakan modul-modul latihan pemakanan berkaitan agar para peserta dapat merancang dan  menguruskan program pemakanan di organisasi masing-masing secara lebih berkesan.

Gambar-gambar ini menunjukkan situasi pelaksanaan kursus ini:-

 

< Kejayaan Membasmi Masalah Gangguan Akibat Kekurangan Iodin di Sabah Kumpulan Kerja Teknikal Penyelidikan Makanan >
 

Tips Kesihatan

Ambil 2 hidangan susu dan produk tenusu setiap hari

Carian

Pusat Maklumat Pemakanan (Putrajaya)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Izzudin Bin Alimin di talian 03-8883 4049 atau email ke izzudin_alimin@moh.gov.my

Di Talian

Terdapat 1 pengunjung  di talian

Pelawat