Utama Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi

PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini ditubuhkan pada tahun 1992 dan bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Selain itu, fasiliti ini juga perlu mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.  Objektif asas bagi Tata Etika ini adalah memastikan pemakanan yang selamat dan mencukupi bagi semua bayi.

Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Selepas 5 tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan sistem kesihatan, terutamanya klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan fasiliti yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Objektif Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Objektif umum pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah untuk meningkatkan amalan penyusuan susu ibu secara eksklusif serta pemakanan yang terbaik untuk bayi. Melalui usaha ini, ibu bapa dapat diberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan supaya mereka boleh menentukan penjagaan dan pemakanan yang terbaik untuk bayi mereka.

Konsep Inisiatif Hospital Rakan Bayi

Hospital Rakan Bayi mempunyai rutin, kakitangan dan polisi  yang komited mempromosi, menyokong dan melindungi amalan penyusuan susu ibu melalui pelaksanaan  “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh WHO/ UNICEF.

Standard Kualiti

Inisiatif ini dilaksanakan melalui penggunaan panduan yang telah ditetapkan oleh WHO/ UNICEF. Sesebuah hospital yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi perlu menjalankan pemantauan dalaman pada setiap enam bulan. Selain itu, penilaian semula akan dibuat selepas dua tahun pertama pengiktirafan dan setiap tiga tahun bagi tahun-tahun seterusnya. Mekanisme pemantauan adalah menggunakan panduan standard WHO/UNICEF.

Latihan

Pelaksanaan ini diperkukuhkan dengan aktiviti latihan, bengkel, orientasi dan taklimat dari semasa ke semasa, kepada anggota kesihatan terlibat dalam Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ini bagi memastikan sesebuah fasiliti tersebut mampu memenuhi keperluan pelaksanaannya.

Kajian

Keberkesanan program ini juga dinilai berdasarkan kajian impak seperti dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II (1996) dan  Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006). Selain itu, indikator bilangan hospital diiktiraf, data kepatuhan status dan data pelaksanaan pengekalan status Hospital Rakan Bayi juga dikumpul dan dinilai dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Pengiktirafan Dan Kejayaan

Sehingga akhir tahun 2008, terdapat 125 buah hospital yang telah diiktirafkan sebagai Hospital Rakan Bayi.6  Ini termasuk 6 buah hospital swasta. Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini telah memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 (NHMS III) telah menunjukkan kadar bayi yang pernah menyusu (ever breastfed) meningkat sebanyak 6.1% dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan iaitu daripada 88.6 % pada tahun 1996 ke 94.7 % pada tahun 2006 (Laporan NHMS III, 2006).

Peratus ibu yang memulakan penyusuan dalam tempoh 1 jam selepas kelahiran pada tahun 2006 juga meningkat kepada  63.7% berbanding dengan 41.4% pada tahun 1996 (Laporan NHMS 3, 2006).

>>

10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN SUSU IBU YANG BERJAYA

  1. Mempunyai polisi penyusuan susu ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan di dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan susu ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan laktasi kepada ibu-ibu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
  8. Menggalakkan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi.
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.

 

 

>>

SENARAI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA YANG DIIKTIRAF SEBAGAI HOSPITAL RAKAN BAYI ( Oktober 2009)

Perlis
1.    Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

Kedah
2.    Hospital Sultanah Bahiyah
3.    Hospital Sultan Abdul Halim
4.    Hospital Kulim
5.    Hospital Langkawi
6.    Hospital Baling  
7.    Hospital Sik
8.    Hospital Yan
9.    Hospital Jitra
10.    Hospital Kuala Nerang

Pulau Pinang
11.    Hospital Pulau Pinang
12.    Hospital Seberang Jaya    
13.    Hospital Bukit Mertajam
14.    Hospital Kepala Batas
15.    Hospital Sungai Bakap   
16.    Hospital Balik Pulau

Perak
17.    Hospital Raja Permaisuri Bainun
18.    Hospital Taiping   
19.    Hospital Teluk Intan
20.    Hospital Seri Manjung  
21.    Hospital Slim River
22.    Hospital Batu Gajah    
23.    Hospital Kuala Kangsar   
24.    Hospital Tapah   
25.    Hospital Parit Buntar   
26.    Hospital Kampar   
27.    Hospital Sungai Siput   
28.    Hospital Selama   
29.    Hospital Gerik  
30.    Hospital Changkat Melintang

Selangor
31.    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32.    Hospital Kajang
33.    Hospital Banting
34.    Hospital Kuala Kubu Baru
35.    Hospital Tanjung Karang
36.    Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
37.    Hospital Selayang
38.    Hospital Serdang
39.    Hospital Ampang

Kuala Lumpur
40.    Hospital Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan
41.    Hospital Putrajaya
42.    Hospital Labuan

Negeri Sembilan
43.    Hospital Tuanku Jaafar
44.    Hospital Tuanku Ampuan Najihah
45.    Hospital Tampin    
46.    Hospital Port Dickson   
47.    Hospital Jelebu

Melaka
48.    Hospital Melaka
49.    Hospital Alor Gajah

Johor
50.    Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
51.    Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar   
52.    Hospital Batu Pahat  
53.    Hospital Kluang  
54.    Hospital Segamat  
55.    Hospital Kota Tinggi    
56.    Hospital Pontian   
57.    Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai   (HSTSTI)
58.    Hospital Tangkak   
59.    Hospital Mersing

Pahang
60.    Hospital Tengku Ampuan Afzan
61.    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
62.    Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland
63.    Hospital Kuala Lipis   
64.    Hospital Bentong    
65.    Hospital Raub   
66.    Hospital Jerantut   
67.    Hospital Jengka   
68.    Hospital Muadzam Shah
69.    Hospital Pekan

Terengganu
70.    Hospital Sultanah Nur Zahirah***   
71.    Hospital Kemaman**   
72.    Hospital Dungun   
73.    Hospital Besut   
74.    Hospital Hulu Terengganu   
75.    Hospital Setiu

Kelantan
76.    Hospital Raja Perempuan Zainab II   
77.    Hospital Kuala Krai**   
78.    Hospital Pasir Mas    
79.    Hospital Tanah Merah    
80.    Hospital Tumpat   
81.    Hospital Tengku Anis, Pasir Putih     
82.    Hospital Machang   
83.    Hospital Gua Musang
84.    Hospital Jeli

Sarawak
85.    Hospital Umum Sarawak  
86.    Hospital Sibu**       
87.    Hospital Miri**    
88.    Hospital Bintulu**   
89.    Hospital Kapit**      
90.    Hospital Sarikei**  
91.    Hospital Sri Aman   
92.    Hospital Saratok    
93.    Hospital Kanowit  
94.    Hospital Limbang  
95.    Hospital Serian     
96.    Hospital Daro       
97.    Hospital Betong   
98.    Hospital Bau         
99.    Hospital Mukah    
100.    Hospital Simunjan  
101.    Hospital Marudi    
102.  Hospital Lundu     
103.  Hospital Lawas


Sabah
104.    Hospital  Likas*
105.    Hospital Duchess of Kent**  
106.    Hospital Tawau**          
107.    Hospital Keningau**      
108.    Hospital Lahad Datu**   
109.    Hospital Beaufort         
110.    Hospital Kudat              
111.    Hospital Kota Belud      
112.    Hospital Sipitang           
113.    Hospital Tenom             
114.    Hospital Ranau               
115.    Hospital Papar       
116.    Hospital Kinabatangan
117.    Hospital Kota Marudu  
118.    Hospital Semporna       
119.    Hospital Beluran           
120.    Hospital Tambunan
121.    Hospital Kunak
122.    Hospital Pitas
123.    Hospital Kuala Penyu

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
124.    Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
125.    Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
126.    Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
127.    Pusat Perubatan Universiti Malaya

HOSPITAL SWASTA
128.    Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
129.    KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
130.    KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
131.    KPJ Pusat Perubatan Pantai, KL
132.    KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
133.    Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang

 

Tips Kesihatan

Baca fakta pemakanan pada label makanan

Carian

Pusat Maklumat Pemakanan (Putrajaya)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nur Shafawati Mohd Ghazali di talian 03-8883 4049 atau email ke shafawati_ghazali@moh.gov.my

Di Talian

Terdapat 1 pengunjung  di talian

Pelawat