Utama Program Kumpulan Kerja Teknikal Penyelidikan Makanan

Kumpulan Kerja Teknikal Penyelidikan Makanan

Kumpulan Kerja Teknikal penyelidikan pemakanan

Kumpulan Kerja Teknikal (Technical Working Group, TWG) Penyelidikan Pemakanan telah dibentuk di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia. Kumpulan kerja teknikal ini memainkan peranan yang penting dalam menyelaras dan memastikan pelaksanaan dan pencapaian aktiviti penyelidikan yang telah digariskan di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.

Keahlian kumpulan kerja teknikal ini terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Badan Professional. Antara bidang tugas kumpulan kerja teknikal ini adalah merancang, menyelaras dan menilai program penyelidikan untuk Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia, mendokumentasikan semua penyelidikan, hasil-hasil kajian atau laporan berkaitan dengan pemakanan dalam negara, mengenal pasti prioriti penyelidikan berpandukan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia, mengenal pasti kumpulan penyelidik untuk menjalankan kajian yang ditetapkan, memastikan hasil-hasil penyelidikan dan cadangan mudah didapati oleh Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Untuk Makanan dan Pemakanan (National Coordinating Committee for Food and Nutrition, NCCFN) dan pihak-pihak berkaitan.

 

Aktiviti-aktiviti yang telah Dilaksanakan

1.    Pelaksanaan The Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) 2003

Objektif:
•    Mengetahui status pemakanan, pengambilan makanan dan pola aktiviti fisikal orang dewasa di Malaysia.

Hasil kajian ini telah diterbitkan dalam 8 laporan seperti berikut:-
i.    Laporan 1: Methodology
ii.    Laporan 2: General Findings
iii.    Laporan 3: Nutritional Status
iv.    Laporan 4: Meal Pattern
v.    Laporan 5: 24-Hour Diet Recall
vi.    Laporan 6: Physical Activity
vii.    Laporan 7: Habitual Food Intake
viii.    Laporan 8: Use of Dietary Supplements

 

>>

2.    Bengkel penyediaan Document Research Priorities In Malaysia for 10th Malaysia Plan (2011-2015)

Tarikh            : 13 hingga 15 April 2009
Tempat    : Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan
Bilangan Peserta    : 69 orang daripada wakil-wakil Kementerian, Institusi   
Pengajian Tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan
(NGO), Badan Professional

Gambar-gambar ini menunjukkan situasi bengkel tersebut:-

< Kumpulan Kerja Teknikal Latihan Pemakanan
 

Tips Kesihatan

Amalkan penyusuan susu ibu (PSI) secara eksklusif sehingga 6 bulan dan teruskan sehingga 2 tahun

Carian

Pusat Maklumat Pemakanan (Putrajaya)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Izzudin Bin Alimin di talian 03-8883 4049 atau email ke izzudin_alimin@moh.gov.my

Di Talian

Terdapat 2 pengunjung  di talian

Pelawat