Pusat Maklumat Pemakanan
Penubuhan Pusat Maklumat Pemakanan ini adalah juga telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan sebagai salah satu pendekatan yang perlu bagi menangani masalah pemakanan masa kini yang lebih tertumpu di kalangan penduduk di kawasan bandar.
Pusat Maklumat Pemakanan merupakan satu tempat yang menyediakan kemudahan pembelajaran mengenai pemakanan kepada orang awam dengan menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dan mesra pelanggan. Tumpuan pembelajaran diberi kepada membina pengetahuan dan kemahiran pemakanan untuk mencapai objektif membentuk kemahiran gaya hidup sihat (healthy lifestyle skills) dikalangan penduduk.
Objektif
Objektif pusat ini antara lain ialah :
- Memberi peluang kepada ahli masyarakat membina pengetahuan sains pemakanan dan kemahiran pemakanan melalui kaedah yang berkesan.
- Membimbing ahli masyarakat secara berkumpulan atau individu mencapai matlamat ke arah pembentukan cara gaya hidup sihat.
Fungsi dan Perkhidmatan
Pusat Maklumat Pemakanan berfungsi sebagai pusat rujukan maklumat yang kredibel , menawarkan perkhidmatan berkaitan makanan dan pemakanan sihat. Penyebaran maklumat dan pendidikan pemakanan yang lebih sistematik dan menyeluruh kepada masyarakat.
Pusat ini dibuka kepada individu atau organisasi yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berhubung dengan pemakanan sihat secara percuma
Saringan Kesihatan dan Nasihat Pemakanan; menggunakan parameter seperti
- Berat dan tinggi,
- Indeks jisim tubuh
- Peratusan lemak dalam tubuh
Ceramah Pemakanan; orang awam, individu atau organisasi yang berminat bolehlah berhubung dengan kami. Ceramah pemakanan yang memfokuskan kumpulan tertentu seperti kanak-kanak, remaja, dewasa atau warga tua turut dianjurkan.
Lokasi
Pusat Maklumat Pemakanan adalah salah satu unit di Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Pentadbiran Putrajaya , manakala di negeri-negeri ialah di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri, kebanyakkannya di bangunan Klinik Kesihatan.



Pusat Maklumat Pemakanan


